Saturday, January 10, 2009

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 2009

Assalamualaikum.

Tahniah kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 2009 yang berjaya mendaftarkan diri di smk Telok Datok. Seramai 169 orang layak ke sekolah ini berdasarkan SK yang dicadangkan iaitu Sk Kanchong Darat 56 0rang, Sk Sri Langat 44 orang, SJKC Choong Hua 30 orang, SJKT Telok Datok 19 orang dan yayasan selangor 20 orang. Kelas yang layak dibuka sebanyak 6 kelas.

Setelah seminggu kelas dibuka jumlah pelajar berjumlah 155 orang.Harapan saya kepada pelajar ting 1 ini mereka dapat belajar dengan tenangnya. Ikut jadual yang diberi dan cadangan mata pelajaran yang ditawarkan. Mata pelajaran Bahasa Arab adalah wajib bagi pelajar kelas 1 rk, 1 kaa dan 1 adi. Manakala mata pelajaran KKQ wajib bagi pelajar 1 Kaa dan Yayasan Selangor. Walaupun terdapat pelajar yang tiada keputusan psra, mereka tetap mengambil mata pelajaran bahasa arab kerana sebagai ilimu yang baru dan berusaha untuk menguasai bahasa arab .

Harapan saya moga guru-guru sesi petang diberi kemudahan untuk mendidik pelajar ting 1 2009 ini menjadi pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kerohanian mereka. InsyaAllah.

No comments: